Memaparkan catatan dengan label roulette online. Papar semua catatan

Lelaki Diugut Bunuh Selepas Menang Judi Komputer RM17Juta

Dia mungkin seorang pakar permainan judi komputer apabila menang pertaruhan RM17 juta, namun kemenangan itu bukan saja gagal menjadikannya jutawan, malah nyawanya terancam sehingga memaksa dia mendapatkan perlindungan.

Itu nasib lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Alwi, 35, apabila dia kini diburu serta diancam bunuh anggota kumpulan kongsi gelap selepas tauke pusat siber tempat dia bermain berang dengan tindakannya menuntut wang kemenangan RM17 juta itu.

Alwi berkata, segala-galanya bermula apabila dia bermain satu permainan judi komputer dikenali sebagai ‘Football Fever’ dengan nilai pertaruhan RM50 di sebuah pusat siber di Taiping, hujung bulan lalu.

“Hasil pertaruhan RM50 itu, saya menang RM1,400 dan menggunakan semua wang itu sebagai pertaruhan untuk terus bermain sehingga mengumpulkan RM140, 000 dalam masa kurang setengah jam.

“Walaupun jumlah wang kemenangan itu sudah banyak, tapi saya tak mengambilnya atau istilah yang sering digunakan ‘cuci duit’. Sebaliknya saya gunakan sebagai pertaruhan hingga menang lebih RM17 juta,” katanya.

AzizulHakim: Tula orang tamak selalu rugi...dah Dapat RM140k tu pergilah cuci duit dulu...kalau dah menang rm17 juta siapa yang nak bayar...

Read More

11 Premis Perjudian Roulette dan elektronik Diserbu, 35 Ditahan

NIBONG TEBAL – Polis daerah Seberang Perai Selatan (SPS) menyerbu 11 premis perjudian Internet dan menahan 35 lelaki berusia antara 20 dan 40 tahun dalam operasi khas semalam bagi membanteras aktiviti tidak sihat itu.

Ketua Polis Daerah SPS, Supt Shafien Mamat berkata, dalam operasi bermula pukul 3 petang hingga 9 malam itu, 12 daripada lelaki yang ditahan merupakan penjaga premis dan lainnya pemain judi.

Polis turut merampas 130 buah komputer bernilai RM260,000 yang digunakan untuk aktiviti perjudian itu, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Shafien berkata, polis turut menghadapi kesukaran sepanjang operasi berkenaan kerana setiap premis terbabit dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV), manakala sistem komputer dimatikan menggunakan alat kawalan jauh.

“Bagaimanapun usaha mereka itu gagal kerana polis berjaya mengesan taktik itu,” katanya.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing mendapati tiga daripada yang ditahan positif dadah jenis heroin. – BERNAMA

klik=sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...